Saturday, March 12, 2011

Sejambak Mawar

KUNTUM1: Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun,akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat.
KUNTUM2: Prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai.
KUNTUM3: Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkn ampunan untukmu, dan syurga telah menanti anda.
KUNTUM4:Bersikap optimis la dalam hidup dengan berbaik sangka kepda Allah. Nyahkan segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda.
KUNTUM5:Ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagian yang sempurna, kerana tidak seorang pun didunia boleh mendapat semua keinginan.
KUNTUM6:Contohilah pohon kurma,tinggi cita-citanya,kebal dari penyakit,dan jika dibaling dengan batu, ia membalas dengan mengugurkan buahnya.
KUNTUM7:Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput,kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya anda bersedih?
KUNTUM8:Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka,tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.
KUNTUM9: Siramilah api kebencian anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah berbuat salah kepada anda.
KUNTUM10:Mandi,berwhudhuk,memakai wewangian dan bersiwak merupakan penawar yang amat berkesan bagi setiap kesudahan dan kesedihan.

No comments:

Post a Comment